Shuhaida..Syuhaida..sama tapi tak serupa..
Masih teringat bagaimana aku mula menapak dalam diam, menjadi pengunjung setia blog cikgu jimi. Mencari teduh, melakar mimpi, menyulam jiwa melara rasa yang menjadi asas blog cikgu jimi membuatkan aku berasa dekat dengan blog ini. Bukan persoalan blog yang ingin aku ketengahkan.
Tapi, cerita seorang murid darjah enam yang mahu aku titipkan. Shuhaida..nama yang amat mirip dengan namaku..Shuhaida anak murid cikgu jimi juga merangkap anak angkatnya..Shuhaida digambarkan seorang murid yang begitu rendah diri lantaran malu dengan kekurangan yang ada padanya.
Ceritanya menarik aku untuk mendekati diri Shuhaida jua menginsafi aku untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rahmat kurniaanNYA.
Dalam ceritanya, sudah menggambarkan betapa sayang seorang guru pada muridnya.
Telah banyak pengorbanan yang telah cikgu jimi hulurkan demi membantu Shuhaida menggapai kejayaan pelajarannya. Shuhaida juga seorang pelajar yang tabah dan tegar dalam berusaha mendapat tempat yang baik dalam setiap pencapaian akademiknya. Tapi mungkin kekurangan dalam sosio ekonomi keluarganya membuatkan dia agak rendah diri dan mempunyai sifat yang amat pemalu sehingga untuk bertentang mata dengan nya pun agak sukar.Namun begitu, aku berharap Shuhaida kelak menjadi manusia yang yakin diri.
Ya, Cikgu jimi telah membantunya kearah itu.
Cerita Shuhaida mengajar aku tentang kemanusiaan. Setelah membaca ceritanya, aku mula membuat perbandingan tentang aku dan dia. Ternyata banyak bezanya. Bersyukur aku kerana diberi hidup yang jauh lebih baik. Aku anak bongsu dalam keluaraga. Aku tidak pernah lelah untuk mendapatkan apa yang aku inginkan Boleh dikatakan setiap apa yang aku hajatkan pasti dipenuhi. Sungguh begitu tidak pernah aku mengambil kesempatan atas apa yang telah mereka berikan padaku. Ia menjadi pendorong buatku untuk memenuhi kembali impian keluarga bagi melihatku berjaya dalam hidup.
Dan aku juga berharap, kesulitan hidup Shuhaida menjadi pendorong buatnya untuk melakar masadepan yang lebih cerah. Agar dia bisa membantu keluarganya keluar dari kemiskinan supaya ayahnya tidak lagi harus menoreh getah yang tidak seberapa untungnya.
Kini Shuhaida sudah melangkah ke alam remaja, telah masuk tingkatan satu pun. Semoga dia terus maju dan tak pernah leka walau tanpa cikgu jimi yang sentiasa mendampinginya.
Dan apabila aku menjadi pendidik kelak, ingin aku menjadi seperti cikgu jimi. Membantu dan terus membantu seorang anak kecil melakar impian masa depan tanpa pernah jemu. Guru bukan hanya pada nama tapi pada jiwanya juga. Guru murabbi mendidik anak didik menuju kejayaan bukan sahaja di dunia malah bekalan akhirat juga wajib dipenuhi.
p/s: post ini sudah lama disiapkan tapi baru disisipkan di blog ini. Sudah hampir terlupa..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home