Cinta Seorang Guru
" Mengapa kamu memilih bidang perguruan?" Teringat aku pada pertanyaan seorang penemuduga ketika aku ditemuduga untuk melayakkan diri mengambil bidang perguruan suatu ketika dahulu. Seraya itu, aku tersenyum dan kemudian menjawab pertanyaannya dengan tenang.Bidang perguruan adalah bidang yang amat aku cintai. Sejak kecl lagi aku sudah punya impian untuk menjadi seorang guru. Mungkin kerana darah abah, darah pendidik yang mengalir dalam tubuh ku.
Abah seorang guru. Aku bangga punya abah seorang pendidik.Bagiku, abah begitu mencintai profesionnya. Walau tidak pernah dilafazkan tapi melalui sinar matanya aku tahu. Cara abah mendidik dan membimbing pelajarnya bagaikan seorang ayah yang sentiasa memberi perangsang kepada anak-anaknya untuk terus berjaya. Katanya, tiada yang lebih membahagiakan bagi seorang guru tua sepertinya, selain melihat pelajar-pelajarnya mendapat kejayaan cemerlang. Kerana sikap dedikasinya, abah sering merangkul anugerah guru dan pengetua cemerlang saban tahun perkhidmatannya. Tidak pernah sekali aku mendengar tentang bicaranya tentang erti lelah menjadi seorang guru. Jiwanya begitu kental mendidik anak bangsa. Ingin aku menjadi sepertinya dan mewarisi semangat juangnya.
Isu tentang pelajar dan dunia pendidikan menjadi cerita abah setiap hari apabila bersama anak-anak. Dalam bicaranya pasti diselit kata penuh hikmah. Kata abah "Guru ibarat lilin, rela membakar diri menerangi orang lain. Menjadi guru adalah suatu penghormatan, bukan suatu bebanan. Tanggungjawab sebagai pendidik adalah amanah Tuhan. Kerana didikan guru, seorang anak kecil yang suatu ketika dahulu tidak mengerti apa-apa kini bergelar perdana menteri, ulama' terkenal juga doktor yang hebat". Jelas membuktikan, pentingnya peranan guru dalam melahirkan pemimpin negara.
Isunya sekarang, ada di antara guru dan bakal guru menganggap bidang perguruan sebagai 'second choice'. Kerana tidak mendapat 4 flat bagi melayakkan diri mendapat jurusan pengajian bidang profesional yang lain, mereka memilih bidang perguruan kerana bimbang tidak mendapat tempat di alam pekerjaan lantaran masalah pengangguran menular di kalangan pelajar bergraduat. Paling terkilan, apabila ada diaantara bakal guru yang terpaksa akur dengan kehendak ibubapa yang mengharap anaknya memilih jurusan perguruan sedangkan anaknya tidak pernah punya impian untuk menjadi seorang pendidik. Wujud konflik antara ibubapa dan anak dalam memilih jurusan dan akhirnya anak tersebut memberontak dalam diam.
Hal ini jika terus dibiarkan, bimbang nanti ia akan memberi masalah dan penyakit apabila mereka diberi tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai guru kelak.
Pupuklah rasa cinta pada amanah ini, jangan dibiarkan rasa terpaksa membelenggu diri. Tanya pada diri, ikhlaskah kita wahai para guru memikul tanggunggjawab ini? Terserah pada diri untuk menilai sejauhmana kita melihat bidang perguruan sebagai satu amanah..
Di sini, disertakan tips mengajar dan mendidik dengan rasa cinta dan tulus sebagai seorang pendidik..Semoga menjadi panduan buat kita dalam mempersiap diri melangkah sebagai seorang guru..
1. Buat persediaan
Persediaan dari segi modul pengajaran dan pemahaman guru pada silibus yang bakal diajar sangat penting sebelum melangkah ke kelas. Tips ini membentuk keyakinan guru untuk mengajar serta membantu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
2. Hargai pelajar
Hargailah pelajar dengan memberi ganjaran atau penghargaan dalam bentuk pujian atau material apabila mereka dapat menjawab soalan dengan tepat. Selain itu, cubalah untuk mendengar pandangan pelajar pada topik yang dibincangkan. Pelajar akan berasa dihargai dan merangsang pelajar untuk terus berusaha mejawab soalan dengan tepat dan ia akan menghasilkan susana aktif dalam bilik darjah.
3. Senyumlah
Berikan senyuman dengan ikhlas kepada pelajar. Dengan senyuman, akan wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Pelajar akan berasa senang jika kita memberi senyuman. Ia membantu merangsang dalam meningkatkan potensi pelajar, kerana sekali pelajar berasa senang dengan gurunya, mereka akan terus cuba untuk memenangi hati guru tersebut melalui pencapaian yang baik dalam akademik mahupun sahsiah.
4. Jadilah pelakon ketika di kelasJadilah pelakon yang mampu menawan pelajarnya. Gunakan tangan, hentakan kaki, lirikan mata, mimik muka, dan intonasi suara secara berpadu. Guru yang baik akan mampu mencuri tumpuan pelajarnya untuk terus fokus pada isi pengajaran yang disampaikan
5.Bersahabatlah
Jadilah pendengar yang baik di saat mereka memerlukan kita mendengar beban masalah mereka dan memberi nasihat secara berhikmah. Bimbinglah mereka...Berkongsi cerita dengan mereka tentang pengalaman dan cuba fahami diri dan keadaan mereka. Tetapi dalam persahabatan antara guru dan pelajar juga harus punya batasan.
Berikut adalah 5 tips asas bagi guru yang mendidik dengan rasa cinta. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. Kadangkala kita menyadari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, di saat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, di saat kita amat memerlukannya.
PUisi berikut juga perlu menjadi inspirasi untuk mendidik dengan rasa cinta dan tulus.
CINTA
Jika ia sebuah cintaia tidak mendengar,
namun sentiasa bergetar
Jika ia sebuah cintaia tidak buta namun,
sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cintaia tidak menyiksa
namun, sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cintaia tidak memaksa
namun, sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cintaia tidak cantik
namun, sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cintaia tidak datang dengan kata-kata
namun, sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cintaia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa, hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cintaia tidak hanya berjanji,
namun sentiasa coba memenangi.
Jika ia sebuah cintaia mungkin tidak suci,
namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cintaia tidak hadir kerana permintaan,
namun hadir kerana kebutuhan.
Jika ia sebuah cintaia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan,
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
1 Comments:
best of luck for ur blog
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home