cahayahati

Tiada seindah cahaya menyuluh kegelapan..mencari diri, menilai hidup,menuju redha-NYA

11.22.2008

Tag dari sahabat untuk sahabat..

15 perkara pelik tentang diri saya…pelik tak pelik sangat la...

1.Kalau ’study’ mesti nak kena sambil makan choki2..especially kalau belajar kimia(analisis&organik..heheh) atau calculus..memang memberi masalah kalau tak jumpa choki2...


2.Perkara yang paling wasza tak suka tunggu bas..walau masa sekolah dulu suka naik bas sekolah ..huhu..wasza sanggup jalan merentas usm yg berbukit bukau ni daripada menunggu bas nak ke ’school’ or ’lab’..bas hanya digunakan apabila nak pergi ’exam’ sahaja..alasan..save energy(kata Dr.Sudesh).. tak baik membazir..jadi, sesekali naik bas rasa jakun pulak..


3.Suka jalan sendirian..malas nk berteman-teman..alasan..tak suka menunggu dan tak suka ditunggu..oleh itu, nampak la seperti kera sumbang(simpulan bahasa hari ini)


4.Jika wasza marah jangan ditegur..’sat’ lagi, hujan pulak..kalau marah sangat selalunya wasza akan diam, tapi jika dipaksa bercakap atau diberi soalan yang berjela-jela memang menangis la jawabnya.Kenapa ya?..erm..so, better leave me alone..


5.Kalau wasza menangis memang susah nak reda..selalunya akan bengkak lah mata..huhu..sebenarnya bukan saja-saja, dah puas pujuk diri sendiri tapi tewas akhirnya..dan selepas menangis wasza akan tido sebab tak tahan sakit kepala..Apa kaitan menangis dan sakit kepala? Mungkin boleh bertanya kepada doktor..


6.Sambil belajar rasa seronok pulak kalau kaki masuk dalam baldi..Tabiat yang susah nak ubah..Selalunya baldi hijau bawah meja yang jadi mangsa..kaki tu nanti tak boleh diam..macam-macam aksi dibuat dengan baldi tu..Kenapa ya?..Masa kecik-kecik dulu lupa nak bedung mungkin..


7.Suka mendengar, melihat dan membaca..tak pelik pun


8.Kadang-kadang suka bercakap sendirian..bak kata Vygotski dalam teori konstruktivis nya..Internal speech-bercakap sendirian untuk memberi perangsang pada diri sendiri dan salah satu cara untuk mengawal diri sendiri..selalunya kanak-kanak yang mengaplikasi..hehe, tapi selalu jugak wasza aplikasi bila tengah kalut


9.Tersangat lah susah nak bertentang empat mata..wasza lebih rela terperuk di dapur daripada melayani tetamu-tetamu di ruang tamu..Lebih-lebih lagi bila ada kenduri kecil di rumah..Rasa canggung tak bertempat pulak apabila bersama mereka..Anti-sosial ke wasza?


10.’Prepare’- jika diberi tugas lebih senang selesai kan awal-awal dengan kata lain tak suka bertangguh. Jika tugas individu memang tiada masalah..Tetapi masalah timbul jika tugas berkumpulan a.k.a projek( tidak perlu dinyatakan)..sesetengah orang tak boleh terima cara wasza. Wasza paling tak suka ’last minutes’ Mungkin wasza bukan jenis yang spontan?..


11.Suka tengok mangsa kemalangan kritikal..Walaupun kadang-kadang nak luruh jantung dibuatnya..Tapi mata ni nanti lagi nak tatap bahagian yang ’injured’..So, my favourite tvshow mesti la MEDIC TV dan siri X-FILES( 8 tahun yang lepas)..Angan-angan nak jadi detektif ’scully’and murder..


12.Wasza takut kucing..huhu.kenapa ya? Sebab kuku kucing panjang dan mata kucing bulat..memang pantang la bertentang mata dengan kucing..pasti wasza yang cabut lari..


13.Wasza suka bersendirian di pantai..melihat ciptaanNYA menginsafkan diri sendiri..jadi kalau tengok wasza kat tepi pantai jangan kacau ya..nanti wasza buat muka..hehe..minta maaf..


14.Wasza tak pandai nak sorokkan rasa marah, sedih, gembira..Kalau wasza tak suka memang akan nampak di muka..macam ada cop bertanda pulak..selalu sangat ter ’kantoi’ dengan kawan-kawan..Alhamdulillah mereka faham..Terima kasih kawan-kawan kerana memahami diri ini, kadang-kadang wasza menipu untuk elak berkongsi dengan mereka..Biarlah kepadaNYA sahaja tempat hati ini bercerita..kerana DIA maha mengerti..


15.Perkara yang terakhir..wasza sukar untuk membuat keputusan untuk diri sendiri..Selalunya wasza akan mintak bonda tersayang untuk membuat pilihan. Bagi wasza pilihan mak adalah yang terbaik. Kerana tiada mak ayah yang mahu kan keburukan untuk anak-anak mereka..Oleh itu nak beli barang telefon mak dulu..hehehe.

* Entri ini adalah untuk memenuhi permintaan sahabat wasza..Mungkin hanya wasza saja yang membacanya..Ini lah diri wasza, biar orang lain tak memahi diri ini..tapi, cahaya hati faham segala tersirat dan tersurat..wasza tak mampu nak jadi orang lain..Apa yang ditulis menjadi muhasabah buat diri wasza..supaya sedar banyak nya kelemahan dan kekurangan dalam diri ini yang harus diperbaiki...
p/s Maaf ya wahai sahabat kerana terlau lama mengambil masa untuk menyiapkan ’tugasan’ ini..