cahayahati

Tiada seindah cahaya menyuluh kegelapan..mencari diri, menilai hidup,menuju redha-NYA

10.19.2008

Cinta Seorang Guru

" Mengapa kamu memilih bidang perguruan?" Teringat aku pada pertanyaan seorang penemuduga ketika aku ditemuduga untuk melayakkan diri mengambil bidang perguruan suatu ketika dahulu. Seraya itu, aku tersenyum dan kemudian menjawab pertanyaannya dengan tenang.Bidang perguruan adalah bidang yang amat aku cintai. Sejak kecl lagi aku sudah punya impian untuk menjadi seorang guru. Mungkin kerana darah abah, darah pendidik yang mengalir dalam tubuh ku.

Abah seorang guru. Aku bangga punya abah seorang pendidik.Bagiku, abah begitu mencintai profesionnya. Walau tidak pernah dilafazkan tapi melalui sinar matanya aku tahu. Cara abah mendidik dan membimbing pelajarnya bagaikan seorang ayah yang sentiasa memberi perangsang kepada anak-anaknya untuk terus berjaya. Katanya, tiada yang lebih membahagiakan bagi seorang guru tua sepertinya, selain melihat pelajar-pelajarnya mendapat kejayaan cemerlang. Kerana sikap dedikasinya, abah sering merangkul anugerah guru dan pengetua cemerlang saban tahun perkhidmatannya. Tidak pernah sekali aku mendengar tentang bicaranya tentang erti lelah menjadi seorang guru. Jiwanya begitu kental mendidik anak bangsa. Ingin aku menjadi sepertinya dan mewarisi semangat juangnya.

Isu tentang pelajar dan dunia pendidikan menjadi cerita abah setiap hari apabila bersama anak-anak. Dalam bicaranya pasti diselit kata penuh hikmah. Kata abah "Guru ibarat lilin, rela membakar diri menerangi orang lain. Menjadi guru adalah suatu penghormatan, bukan suatu bebanan. Tanggungjawab sebagai pendidik adalah amanah Tuhan. Kerana didikan guru, seorang anak kecil yang suatu ketika dahulu tidak mengerti apa-apa kini bergelar perdana menteri, ulama' terkenal juga doktor yang hebat". Jelas membuktikan, pentingnya peranan guru dalam melahirkan pemimpin negara.

Isunya sekarang, ada di antara guru dan bakal guru menganggap bidang perguruan sebagai 'second choice'. Kerana tidak mendapat 4 flat bagi melayakkan diri mendapat jurusan pengajian bidang profesional yang lain, mereka memilih bidang perguruan kerana bimbang tidak mendapat tempat di alam pekerjaan lantaran masalah pengangguran menular di kalangan pelajar bergraduat. Paling terkilan, apabila ada diaantara bakal guru yang terpaksa akur dengan kehendak ibubapa yang mengharap anaknya memilih jurusan perguruan sedangkan anaknya tidak pernah punya impian untuk menjadi seorang pendidik. Wujud konflik antara ibubapa dan anak dalam memilih jurusan dan akhirnya anak tersebut memberontak dalam diam.
Hal ini jika terus dibiarkan, bimbang nanti ia akan memberi masalah dan penyakit apabila mereka diberi tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai guru kelak.

Pupuklah rasa cinta pada amanah ini, jangan dibiarkan rasa terpaksa membelenggu diri. Tanya pada diri, ikhlaskah kita wahai para guru memikul tanggunggjawab ini? Terserah pada diri untuk menilai sejauhmana kita melihat bidang perguruan sebagai satu amanah..
Di sini, disertakan tips mengajar dan mendidik dengan rasa cinta dan tulus sebagai seorang pendidik..Semoga menjadi panduan buat kita dalam mempersiap diri melangkah sebagai seorang guru..

1. Buat persediaan

Persediaan dari segi modul pengajaran dan pemahaman guru pada silibus yang bakal diajar sangat penting sebelum melangkah ke kelas. Tips ini membentuk keyakinan guru untuk mengajar serta membantu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

2. Hargai pelajar

Hargailah pelajar dengan memberi ganjaran atau penghargaan dalam bentuk pujian atau material apabila mereka dapat menjawab soalan dengan tepat. Selain itu, cubalah untuk mendengar pandangan pelajar pada topik yang dibincangkan. Pelajar akan berasa dihargai dan merangsang pelajar untuk terus berusaha mejawab soalan dengan tepat dan ia akan menghasilkan susana aktif dalam bilik darjah.

3. Senyumlah

Berikan senyuman dengan ikhlas kepada pelajar. Dengan senyuman, akan wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Pelajar akan berasa senang jika kita memberi senyuman. Ia membantu merangsang dalam meningkatkan potensi pelajar, kerana sekali pelajar berasa senang dengan gurunya, mereka akan terus cuba untuk memenangi hati guru tersebut melalui pencapaian yang baik dalam akademik mahupun sahsiah.

4. Jadilah pelakon ketika di kelas

Jadilah pelakon yang mampu menawan pelajarnya. Gunakan tangan, hentakan kaki, lirikan mata, mimik muka, dan intonasi suara secara berpadu. Guru yang baik akan mampu mencuri tumpuan pelajarnya untuk terus fokus pada isi pengajaran yang disampaikan

5.Bersahabatlah

Jadilah pendengar yang baik di saat mereka memerlukan kita mendengar beban masalah mereka dan memberi nasihat secara berhikmah. Bimbinglah mereka...Berkongsi cerita dengan mereka tentang pengalaman dan cuba fahami diri dan keadaan mereka. Tetapi dalam persahabatan antara guru dan pelajar juga harus punya batasan.

Berikut adalah 5 tips asas bagi guru yang mendidik dengan rasa cinta. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. Kadangkala kita menyadari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, di saat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita, di saat kita amat memerlukannya.
PUisi berikut juga perlu menjadi inspirasi untuk mendidik dengan rasa cinta dan tulus.

CINTA

Jika ia sebuah cintaia tidak mendengar,
namun sentiasa bergetar

Jika ia sebuah cintaia tidak buta namun,
sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cintaia tidak menyiksa
namun, sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cintaia tidak memaksa
namun, sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cintaia tidak cantik
namun, sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cintaia tidak datang dengan kata-kata
namun, sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cintaia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa, hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cintaia tidak hanya berjanji,
namun sentiasa coba memenangi.

Jika ia sebuah cintaia mungkin tidak suci,
namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cintaia tidak hadir kerana permintaan,
namun hadir kerana kebutuhan.

Jika ia sebuah cintaia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan,
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

10.18.2008

You Are Special

You are special. In all the world
There's nobody like you
Since the biginning of time
There has never been a person
like you
Nobody has your smile
Nobody has your eyes
Your nose
Your hands
Your voice
You are special
No one can be found who has
Your handwritting
Nobody anywhere
has yourr taste-for food or music or art
No one sees things just as you do
In all of time there's been no..
one who laugh like you
No one who cries like you
No one rect to any situation
Just as
You would react
You are special
You're the only one in all of creation
Who has your set of abilities
Oh, there will always be somebody
who is better at one of the things
You're good at, but no one in the unoverse
Can rech the quality of your
Combination of talents ideas, abilities and feelings
Through all of eternity no one
will ever look, talk, walk, think
Or do like you
You are special. You are rare
I am beginning to realize
It's no accident you're special
I'm beginning to see that God made you very special...

Wanita Ibarat Epal..?

Wanita Ibarat Epal..
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi...
Kerana ia berguguran di tanah..
Sedangkan epal yang berkualiti..dan tidak mampu diperoleh..
Ranum di puncak dahan yang tinggi..
Susah di petik dan susah untuk digapai..
Terkadang epal itu risau..
Dan bertanya pada diri sendiri..
"Kenapa diriku belum dipetik?"
Lantas ia merendahkan martabatnya..
Dan menggugurkan diri menyembah tanah..
Sedangkan ia sebenarnya Telah ALLAH jadikan..
sebegitu tinggi martabatnya..
Sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja..
Mampu memetiknya..
Mungkin bukan di dunia..
Tapi pasti di akhirat..

10.17.2008

AIRMATA-ANUGERAH BUAT WANITA

Saat Al-Khaliq(Allah SWT) pencipata insan mencipta seorang wanita, Allah menjadikannya sangat istimewa.
Allah menciptakan bahu seorang wanita, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang lena tanpa mengerti apa-apa.

Maka diberikan wanita kekuatan supaya dapat melahirkan bayi daripada rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca si bayi itu apabila dia telah dewasa dan mula mengenal dunia.

Diberikan kekuatan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat orang disekelilingnya sudah berputus asa dan tewas.

Diberikan kesabaran dan ketabahan hati untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, sakit, penat, tanpa pernah berkeluh kesah.

Diberikan wanita perasaan tanggungjawab dan kasih sayang untuk mengasihi anak-anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Tetapi dengan sepenuh kasihsayang dia memberikan kehangatan pada anak- anak yang kedinginan mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Diberikan wanita kekuatan untuk mendampingi suaminya melalui masa yang sukar dan menjadi pelindung baginya.Bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak..?

Dianugerahkan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberi pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau acapkali kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat digunakan pada masa-masa yang dia inginkan. Airmata bukan kelemahan bagi seorang wanita, kerana air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Jangan pernah kau biarkan airmata ibumu tumpah lantaran hatinya terluka kerna perbuatanmu..Airmata seorang ibu adalah doa buat anaknya...



10.16.2008

Ahlan wasahlan..salam ukhuwah, salam bicara...
Cahayahati membuka lembaran baru..mengisi fikiran, berkongsi ilmu...
Bercerita tentang hidup...
Dan mengeratkan tali kasihsayang sesama umat...
Di sini cahayahati mencari diri...
Mengenal hidup....
Membentuk pandangan...
dan segala-galanya....
Di sini lah...
Di bumi ini....